Auto Added by WPeMatico

SEREMBAN – Sebanyak 171 warga asing disaman susulan tidak mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas bermula 1 Julai hingga hari ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, secara keseluruhannya, jumlah saman yang dikeluarkan kepada penumpang bas yang gagal mematuhi peraturan berkenaan adalah sebanyak 243 kes dengan 72 kes membabitkan warga tempatan.
“Daripada 92 buah bas yang dinaiki semasa penyamaran, sebanyak 179 saman telah dikeluarkan kepada penumpang yang melakukan kesalahan tersebut.
“Selain daripada kaedah penyamaran sebagai penumpang, pasukan penguatkuasa juga membuat pemeriksaan mengejut bas-bas berkenaan di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) serta Hentian Sebelah di Lebuhraya Utara Selatan,”tokatanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Hanif Yusabra, penguatkuasaan khas pemakaian tali pinggang keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran dilaksanakan bermula 1 Julai hingga hari ini bagi menangani isu keselamatan jalan raya. – KOSMO! ONLINE
The post 171 warga asing disaman tak pakai tali pinggang dalam bas appeared first on Kosmo Digital.