Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sarikei (Julau), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang (Limbang).
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).
Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat di 3 negeri termasuk Labuan appeared first on Kosmo Digital.
