Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat berhubung pelbagai isu semasa termasuk pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95).
Baginda turut dimaklumkan mengenai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadual berlangsung di ibu negara bulan depan.- KOSMO! ONLINE.
The post Inisiatif Budi95 antara dipersembah kepada Agong appeared first on Kosmo Digital.