Auto Added by WPeMatico

DAHULU dikecam teruk, dihina dan dilabel dengan pelbagai gelaran negatif tetapi sekarang dipuji melambung!
Itu yang Diva perhatikan dalam media sosial sejak kebelakangan ini apabila ramai yang semakin meminati dan memuji Datuk Seri Aliff Syukri.
Kata mereka, walaupun suara Aliff memang bingit tetapi menghiburkan dan semakin matang!
Paling ramai suka adalah cara dia mendidik anak-anaknya, semua cerdik dan petah berbicara tanpa terpalit dengan cerita negatif yang memburukkan maruah keluarga setakat ini.
“Dahulu tak suka tetapi sekarang saya seronok tengok kehidupan keluarga Aliff lagi-lagi cara dia ajar anak-anak, tegas!
“Anak-anak semua bagus dan bijak pandai walaupun bapanya dulu tak pernah sepi daripada menjadi mangsa kebencian ramai.
“Boleh dijadikan bapa contoh. Tapi paling lucu Aliff jual macam-macam benda, makanan, tas tangan dan sekarang ‘blender’, nak buka pasar raya ke?” seloroh netizen.
Diva pun perlu akui yang keperibadian anak-anak Aliff memang menyenangkan. Harap terus beri contoh kepada masyarakat dan tak buat kontroversi murahan untuk lariskan produk!
DIVA: Menyirap betul dengan perangai influencer yang cerai baru-baru ini tapi mengamuk dalam media sosial, selesaikan diam-diam tak boleh ke?
The post Berubah teruk, Aliff Syukri makin diminati, dipuji appeared first on Kosmo Digital.