Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Kerajaan memperhebat penguatkuasaan menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 Bersepadu bagi mengekang penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu diselaraskan melalui Jawatankuasa Tindakan Penguatkuasaan Antipenyelewengan Barang Kawalan (JTPAB) yang dianggotai pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku urus setia.
“Turut terlibat ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersama agensi penguatkuasaan berkaitan.
“Ops yang bermula 16 Mac hingga 5 April lalu merekodkan sebanyak 8,148 pemeriksaan dengan 155 kes dikesan membabitkan pelbagai barangan kawalan,” katanya dalam sidang akhbar harian Krisis Tenaga Global semalam.
Jelas beliau, cdripada jumlah itu, 60 kes melibatkan diesel dengan nilai rampasan melebihi RM2.1 juta, diikuti 47 kes petrol RON95 (RM51,299), 21 kes LPG (RM37,822) serta 27 kes lain melibatkan minyak masak, gula dan tepung gandum.
Pengaktifan jawatankuasa tertinggi itu bertujuan memperkukuh pemantauan serta penguatkuasaan susulan peningkatan risiko ketirisan bekalan bahan api dan barangan keperluan di pasaran.
“Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan kestabilan bekalan tenaga dan barangan asas terus terpelihara meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
The post Ops Tiris 4.0, 155 kes penyelewengan barang kawalan dikesan appeared first on Kosmo Digital.
