Auto Added by WPeMatico

![]()
TAMPIN – Seorang lelaki cedera di bahagian kaki kanan akibat digigit seekor anjing liar ketika menunggang motosikal di Taman Nuri di Gemencheh, di sini, petang semalam.
Mangsa, Mohamed Azlin Mohamed Yunus, 44, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anak sulungnya ke tempat tuisyen.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal saya dikejar tiga ekor anjing yang keluar dari belakang kereta yang diparkir. Salah seekornya menggigit kaki kanan saya. Saya hanya memakai selipar jadi ada koyakan kulit kaki saya.
“Dalam keadaan kaki yang berdarah saya balik rumah dan membasuh dengan air. Kemudian saya buat keputusan untuk ke klinik kerana bimbang terkena jangkitan,” katanya ketika ditemui di Taman Impian Jaya, di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera mengatasi masalah anjing liar untuk memastikan keselamatan penduduk setempat terutama kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki cedera digigit anjing liar appeared first on Kosmo Digital.