Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Prosiding kes perceraian pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu susulan aktres berkenaan hadir tanpa diwakili di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Peguam syarie mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh berkata, peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini dilaporkan menarik diri daripada kes tersebut dan perkara tersebut hanya dimaklumkan pada prosiding kedua hari ini.
“Hari ini kita dikejutkan dengan situasi peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini tarik diri.
“Saya percaya patutnya ada peguam baharu yang hadir, tapi tadi tiada. Jadi hanya sebelah pihak sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.
Ujar Abdul Hadi, mahkamah juga memberi p amaran dan peluang kepada pihak Uqasha selaku plaintif untuk hadir semula bersama peguam bagi meneruskan prosiding akan datang.
“Hakim bagi peluang dan juga amaran untuk pihak plaintif hadir sekali lagi dengan peguam untuk teruskan kes ataupun tidak,” katanya lagi.
Hari ini, mahkamah turut menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE
[12:07 PM, 10/28/2025] Syarfa Hiburan Kosmo Baru: ‘Jangan tulis tak elok pada Uqasha, kutuk saya saja’
KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli menyeru semua pihak agar tidak menunding jari atau menyalahkan isterinya, Uqasha Senrose sepanjang berhadapan kemelut rumah tangga.
Pada masa sama, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, juga berharap orang ramai meninggalkan komen baik dalam Instagram Uqasha sebagai langkah untuk memujuk hati isterinya.
“Saya mohon sangat pada semua netizen, tolong jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya.
“Dia penat kerja, stres dan saya faham benda itu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan untuk saya nak hadap semua ini.
“Kalau nak kutuk, kutuk saya saja. Jangan streskan dia, tolong ya.
“Kalau nak tulis dekat media sosial pun, tulislah yang manis-manis saja. Jangan tambah tekanan pada dia, saya mohon sangat,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, hari ini.
Dalam nada sebak, pelakon drama Dia Imamku itu menjelaskan kehadiran ke mahkamah untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bukan sesuatu perkara mudah untuk dihadapi.
“Tak tahulah, benda ini betul-betul bagi impak pada perasaan saya sekarang ini bila ada kat bilik itu tadi. Saya rasa tak seronok langsung.
“Saya nak bagi tahu yang saya dekat sini sebab saya nak selamatkan rumah tangga saya. Saya sayangkan isteri dan anak saya sangat-sangat. Tak nak apa-apa jadi sebenarnya.
“Apa yang jadi hari ini, kenapa saya ada kat sini, saya letak semua ni atas salah saya sendiri,” ujarnya.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 19 November bagi prosiding ketiga perceraian Kamal dan Uqasha.
Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu.
Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE
The post Peguam cerai tarik diri, Uqasha Senrose diberi amaran appeared first on Kosmo Digital.