Auto Added by WPeMatico

![]()
DOHA – Bintang antarabangsa Perancis, Ousmane Dembele menepati ramalan selepas menerima Anugerah FIFA The Best selepas mempamerkan prestasi yang luar biasa bersama kelab Paris Saint-Germain (PSG), musim lalu.
Kemenangan itu menyaksikan Dembele melengkapkan tahun paling gemilang dalam kariernya selepas turut meraih satu lagi pengiktirafan berprestij, Ballon d’Or pada September lepas.
Dembele yang membantu PSG menjuarai lima trofi tahun ini mengakui kerja keras yang dibuat sejak beberapa tahun lalu untuk bangkit daripada karier yang suram sangat berbaloi.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang membantu saya di atas padang. Semua kerja keras yang dilakukan berbaloi dengan saya berjaya merekodkan tahun yang gemilang di peringkat kelab dan juga statistik peribadi,” katanya.
Bagi kategori wanita pula, pemain sensasi Barcelona, Aitana Bonmati tidak tercabar selepas melengkapkan gelaran hatrik apabila meraih Anugerah FIFA The Best buat kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2023.
The post Bintang PSG ungguli Anugerah Terbaik FIFA appeared first on Kosmo Digital.