Auto Added by WPeMatico
Kekanda Sultan Kedah mangkat

ALOR SETAR – Kekanda kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah iaitu Datuk Seri Tunku Sakinah Sultan Badlishah mangkat pada pagi ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Bakar Din berkata, Almarhumah Tunku Sakinah, 95, mangkat pada pukul 6.35 pagi di Villa Seri Tunku, di sini.
“Jenazah Almarhumah Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar dijangkakan pada pukul 5 petang ini.
“Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya.
Almarhumah Tunku Sakinah merupakan puteri kepada Sultan Kedah ke-27, Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang cukup dikenali dengan peribadi lemah lembut dan rapat dengan rakyat jelata. – KOSMO! ONLINE
The post Kekanda Sultan Kedah mangkat appeared first on Kosmo Digital.