Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menemui beberapa petunjuk baharu mengenai keberadaan ahli perniagaan yang dikehendaki, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai keberadaan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kerana perkara berkenaan boleh mengganggu siasatan yang sedang berjalan.
Jelas beliau, petunjuk baharu itu diperoleh hasil kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol).
“Isu sekarang ialah keberadaannya. Saya boleh sebut bahawa kerjasama antara kita dengan polis antarabangsa sedang berjalan dan sememangnya kita menemui beberapa petunjuk baru.
“Saya tak mahu berbincang dengan lebih lanjut sebab itu boleh mengganggu siasatan kita,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai adakah boleh meminta Muhyiddin memberi maklumat di mana menantunya itu berada. – KOSMO! ONLINE
The post KDN temui petunjuk baharu keberadaan Muhammad Adlan appeared first on Kosmo Digital.