Auto Added by WPeMatico

![]()
TAIPEI – Bilionair dari Taiwan, Wang Wen-yang menjadi perhatian pengguna media sosial selepas dirakam keluar bertemu janji dengan seorang pelajar universiti berusia 20 tahun, lapor portal berita Must Share News hari ini.
Ahli perniagaan berusia 74 tahun itu merupakan anak sulung mendiang Wang Yung-ching. Beliau berupakan pengasas Formosa Plastics Group dan pernah dinamakan sebagai salah seorang daripada 200 orang terkaya di dunia.
Wen-yang dan teman wanitanya dilihat di medan selera sebuah pusat beli-belah di Taipei.
Mereka didakwa telah menjalin hubungan cinta selama kira-kira enam bulan.
Gadis tersebut juga dilaporkan telah makan malam bersama keluarga Wen-yang dan menerima restu positif.
Apabila ditanya tentang hubungan itu, Wen-yang memberitahu portal berita ETtoday melalui jurucakapnya: “Kami tidak akan mengulas mengenai perkara peribadi ini.”
Tahun lalu, Wen-yang disaman oleh seorang pelajar universiti lain yang mendakwa bahawa dia melahirkan anak bilionair tersebut.
Wanita itu yang cuma dikenali sebagai Song berkata, dia menerima kira-kira NTD 40 juta (RM5 juta) sebagai nafkah anak, tetapi kemudian menuntut ganti rugi sebanyak NTD 1 bilion (RM126 juta), yang membawa kepada tuntutan mahkamah.
Song meminta ujian DNA dilakukan semasa prosiding, tetapi Wen-yang menolak, mendorong hakim menolak tuntutannya dengan alasan bukti tidak mencukupi. – AGENSI
The post Bilionair 74 tahun ‘mabuk cinta’ pelajar universiti appeared first on Kosmo Digital.
