Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan dalaman terhadap seorang pegawainya yang didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan dalaman terhadap pegawai berkenaan dalam tempoh terdekat akan dilakukan berdasarkan peraturan sedia ada.
“DBKL tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku, dan kekal komited menegakkan integriti, ketelusan serta tadbir urus yang baik dalam semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan,” kata kenyataan itu hari ini.
Terdahulu, media melaporkan bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Tertuduh, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamaruddin didakwa menerima RM50,000 daripada individu berhubung kerja rasminya di agensi kerajaan tempatan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 15, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
The post Pegawai dituduh rasuah: DBKL akan ambil tindakan dalaman appeared first on Kosmo Digital.