Auto Added by WPeMatico

![]()
KLANG – Ketidakpatuhan syarat kelulusan pihak berkuasa membawa kepada sitaan daging babi dari Belgium menerusi dua buah kontena bernilai RM873,000 di Pelabuhan Barat di sini, semalam.
Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, rampasan itu dibuat pihaknya susulan wujud ketidakpatuhan terhadap syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
“Ini antaranya melibatkan fasiliti yang tidak diluluskan menerusi kontena berisi daging babi yang diimport dari Belgium.
“Sepanjang tempoh bulan ini, jumlah rampasan melibatkan daging itu di Pelabuhan Klang mencecah kira-kira RM2 juta,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Tambah beliau, AKPS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan semua produk makanan yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan.
“Pemantauan rapi dijalankan ke atas produk berisiko tinggi dari negara tertentu bagi mengelak ancaman kesihatan awam termasuk virus Nipah.
“Setakat ini, tiada ancaman lain dikesan dan pemantauan akan diteruskan sehingga arahan lanjut dikeluarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Daging babi Belgium RM873,000 tidak patuh syarat disita appeared first on Kosmo Digital.