Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Culture Shock duduk sebumbung dengan suami lepas kahwin. Suami lepas mandi t-shirt yang dah berlipat dalam almari dia gosok.”
Itu pendedahan seorang wanita tentang pengalaman ketika detik awal bergelar isteri kepada lelaki yang amat menitikberatkan penampilan, 11 tahun lalu.
Bukan itu sahaja, ia bagaikan ‘kejutan budaya’ apabila suaminya itu juga seorang yang rajin tanpa perlu diminta untuk membantu.
“Lepas mandi rambut sikat kemas, pakai wangi-wangi, duduk depan televisyen dan ambil bakul kain, lipat kain.
“Saya fikir dia nak keluar, tapi pakai seluar pendek. Jadi macam keliru masa tu tak terkata-kata. Jadi sekarang dah 11 tahun kahwin, anak-anak pun dah lali dengan habit ayahnya,” katanya.
Hantarannya di media sosial itu meraih perhatian orang ramai yang tidak ketinggalan berkongsi pengalaman serupa, malah ada netizen membuat permintaan supaya suami wanita itu mengadakan ‘kelas’ untuk para lelaki di Malaysia.
“Mandi pakai t-shirt kemas-kemas tu sama dengan suami saya. Cuma suami saya pakai jeans, siap tali pinggang dengan jam tangan. Lepas tu dia ‘membuaya’ di sofa malas, main game. Ingat dia nak ajak aku keluar,” ujar @ejazahari.
“Culture shock bila suami jemur baju, jarak antara penyangkut baju kena sama panjang, arah kena sama. Kemudian saya pun pencen daripada jemur baju,” kongsi @Hawari_empire.
“Salam kak, boleh tak paksa suami kak buat kelas untuk lelaki-lelaki Malaysia? Tolong cakap boleh?,” pinta pengguna yang lain.
The post ‘Culture shock’ dapat sebumbung dengan suami pembersih, rajin appeared first on Kosmo Digital.