Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berhubung kenaikan mendadak penilaian taksiran baharu yang disifatkan terlalu mendadak serta membebankan rakyat.
Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, peningkatan nilai taksiran baharu yang dilakukan MBAS itu juga disifatkan terlalu tinggi sehingga menyebabkan kejutan kepada pengguna terutama pemilik hartanah persendirian di bandar raya ini.
“Saya sendiri menerima notis itu dan amat terkejut apabila mendapati cukai pintu naik mendadak,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya di pejabat MBAS di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata beliau, memorandum tersebut antaranya mengemukakan tuntutan agar pihak berkenaan menyemak semula penilaian tersebut secara berperingkat agar tidak membebankan pengguna khususnya pemilik rumah yang berpendapatan rendah serta golongan penyewa kerana terpaksa berdepan kenaikan kadar sewa.
Menurutnya, pihaknya juga menerima laporan kenaikan kadar taksiran bagi premis perniagaan dan pusat komersial mencecah 200 peratus yang dikhuatiri memberi impak kenaikan harga barang kepada pengguna kelak jika dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE
The post Cake serah memorandum bantah kenaikan mendadak cukai taksiran MBAS appeared first on Kosmo Digital.