Auto Added by WPeMatico

![]()
SEPANG – Cubaan seorang lelaki warga Perancis menyeludup keluar barangan disyaki hidupan liar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 terbongkar selepas ditahan pihak berkuasa semalam.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi penguatkuasaan dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam susulan pemeriksaan bagasi seorang penumpang penerbangan AirAsia yang dijadualkan berlepas ke Hanoi.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek membawa barangan disyaki hidupan liar tanpa kebenaran atau dokumen sah.
“Antara barangan yang disita ialah dua unit disyaki tanduk rusa dan satu unit disyaki tengkorak rusa dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM3,000,” katanya, hari ini.
Susulan itu, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Aeropolis bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].
Tambahnya, kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
The post Cubaan seludup tanduk dan tengkorak rusa bernilai RM3,000 gagal appeared first on Kosmo Digital.