Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Kehilangan Cikgu Lo Kwan Fong sejak sembilan yang lalu sebelum dia ditemui mati sendirian di dalam kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini Khamis lalu dikaitkan akibat tekanan yang dihadapinya dipercayai angkara hutang yang serius.
Maklumat terbaharu itu diperolehi susulan siasatan yang dijalankan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) susulan penemuan mayat mendiang Kwan Fong, 39, yang sudah mereput disyaki meninggal dunia sejak sebulan yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, pihaknya bagaimanapun sedang menunggu laporan penuh siasatan terperinci pihak polis berhubung kematian guru kanan sebuah sekolah rendah di Skudai itu.
“Guru tersebut mendakwa mengalami depression (tekanan) tapi tiada dokumen pembuktian dari pihak hospital.
“Mangsa juga tiada sejarah penyakit dan masalah utama kes tersebut adalah keterhutangan serius dan dipercayai berhutang dengan sindiket along,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan Kwan Fong ditemui sudah meninggal dunia kira-kira lebih sebulan lalu berikutan mayat ditemui sudah mereput di dalam rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan dilaporkan berkata, kematian mendiang disedari jirannya kira-kira pukul 7.30 malam selepas terhidu bau busuk datang dari rumah mangsa sebelum tampil membuat laporan polis.-KOSMO! ONLINE
The post Kematian Cikgu Kwan Fong: Mendiang murung dipercayai sebab hutang appeared first on Kosmo Digital.