Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang akan berlangsung hari ini mencerminkan komitmen bersama ASEAN ke arah kemakmuran serantau dan global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ASEAN menghargai China sebagai sahabat sejati dalam menghadapi cabaran geopolitik yang kompleks.
“Transformasi luar biasa GCC sebagai blok ekonomi yang pesat berkembang dan stabil menjadikannya rakan strategik penting untuk ASEAN.
“Memperkukuh kerjasama dan merancakkan perdagangan serta pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, ASEAN kekal komited terhadap penglibatan yang konstruktif dan saling menguntungkan demi kestabilan, keamanan dan kemakmuran bersama.
Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur memasuki hari terakhir hari ini.
Semalam, para pemimpin negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China dan Timor-Leste diraikan dalam Majlis Makan Malam Gala.
Majlis diserikan dengan penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Zainal Abidin, Shila Amzah, Bob Yusof, Asmidar dan Yasmin Aziz.
Persembahan mereka diiringi oleh Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), para penari kebudayaan serta anak-anak Permata Seni. – KOSMO! ONLINE
The post Sidang Kemuncak ASEAN- GCC-China cerminan kemakmuran serantau appeared first on Kosmo Digital.