Auto Added by WPeMatico
‘Selfie’ di cermin bilik air hotel, Setiausaha Akhbar White House jadi sorotan

![]()
PETALING JAYA – Tindakan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkongsi gambar swafotonya di hadapan cermin bilik air sebuah hotel mewah di ibu negara menjadi sorotan netizen di Threads.
Menerusi hantaran di Instastorynya, Leavitt, 28, memuat naik gambar tersebut pada pukul 6.26 pagi dengan disertai kapsyen ringkas ‘Selamat pagi dari Malaysia! Destinasi seterusnya: Tokyo’.
Namun, foto yang kelihatan biasa serta menjadi kebiasaan buat gen Z berkongsi aktiviti melalui muat naik sebegitu menjadi perhatian netizen yang mula meneliti butiran kecil dalam gambar berkenaan.
Terdapat seorang pengguna di Threads memuat naik tangkap layar gambar tersebut dengan meminta orang ramai meneka nama hotel itu, sekali gus menjadi penginapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Rata-rata pengguna meneka nama hotel mewah tersebut selain turut memuat naik gambar cermin bilik air di hotel tersebut.
“(Hotel) Ritz Carlton. Tapi ini hotel bilik biasa kan? Kalau bilik suite tak ada logo Ritz Carlton pada cermin,” komen Meor Azrin.
“Mungkin pekerja saja duduk di hotel ni, Trump duduk di tempat lain,” kata Mario.
“Tengok lambang macam dekat Ritz Carlton,” komen Hantus.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, difahamkan, sebaik meninggalkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 malam tadi, Trump dipercayai menginap di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Trump kemudiannya berlepas dari Malaysia pagi tadi bagi meneruskan lawatan enam hari ke tiga negara Asia dengan Jepun sebagai destinasi seterusnya.
Trump dijangka tiba di Tokyo sekitar pukul 5 petang waktu tempatan, di mana acara pertama beliau ialah kunjungan hormat ke atas Maharaja Jepun, Naruhito, di Istana Diraja. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Selfie’ di cermin bilik air hotel, Setiausaha Akhbar White House jadi sorotan appeared first on Kosmo Digital.
