Auto Added by WPeMatico

SEPANG – Pelakon dan pelawak Along Cham hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini dengan ditemani peguam syarienya dalam kes pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Along tiba bersama peguam syarienya Muhammad Akmal Amzan pada pukul 11.10 pagi.
Pada prosiding lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan Along atau nama sebenarnya sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42 supaya melantik peguam syarie.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi yang difailkan Along.
Menurut Hakim Syarie itu, peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif kelak, perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.
“Permohonan itu nanti perlu dilengkapi dengan maklumat dan fakta, malah dakwaan yang ingin diutarakan juga kena betul. Sertakan tarikh, masa dan tempat bagi proses pengesahan cerai secara taklik ini,” kata hakim syarie pada prosiding lalu itu.
Beliau berkata, ia termasuk maklumat mengenai isu lafaz cerai kali pertama yang dibuat di luar mahkamah pada Jun tahun lalu, berserta fakta mengenai rujuk.
Sementara itu, peguam syarie, Mohamad Iezwan Ielias yang mewakili Afreena, 32, turut mengesahkan, terdapat kelompongan dalam dokumentasi yang difailkan plaintif. – KOSMO! ONLINE
The post Along Cham sudah ada peguam kendali kes lafaz cerai taklik appeared first on Kosmo Digital.