Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Canselor Jerman, Friedrich Merz mengucapkan penghargaan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha penyelesaian konflik antara Thailand dan Kemboja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima panggilan Friedrich Merz lewat petang semalam dan turut mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Canselor Jerman.
“Saya menghargai ucapan penghargaan beliau terhadap peranan Malaysia. Satu pengiktirafan terhadap keupayaan diplomasi serantau dan komitmen Malaysia dalam mendukung keamanan dan kestabilan ASEAN.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Jerman yang kian kukuh serta menyatakan komitmen bersama untuk memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai bidang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN kekal komited memperkukuh perpaduan dan kestabilan serantau melalui pendekatan diplomasi, dialog dan prinsip kemanusiaan.
Menurut beliau, kerjasama erat dengan rakan antarabangsa seperti Jerman amat penting dalam memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok serantau yang berwibawa, progresif dan berprinsip. – KOSMO! ONLINE
The post Canselor Jerman hargai peranan Malaysia selesai konflik Thailand dan Kemboja appeared first on Kosmo Digital.