Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa geram selepas mendapati kenderaannya dicalarkan seorang kanak-kanak tidak dikenali, namun bersyukur kerana contengan itu berjaya dibersihkan tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Menerusi satu hantaran pengguna @syitaritory di Threads, dia berkongsi insiden tersebut yang dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) miliknya.
“Balik (kembali) ke kereta, tengok ada garisan belah kanan. Bila tengok balik, rupanya keliling kereta digaris. Siap ada contengan di belah kiri bonet.
“Budak itu ambil kesempatan buat karya pada kereta semasa keluarga dia kalut dengan troli,” jelasnya.
Dia berkata, kesan calar itu bagaimanapun hilang selepas dibersihkan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan oleh para netizen terhadap hantaran tersebut.
“Bukan sikit calar kalau dah keliling (kereta) macam ni,” ujar @Redup_hidup.
“Buat laporan polis merosakkan harta orang awam. Jangan biarkan muka semua ada tu,” kata @Ronniejaihan_.
“Buh penampar baru ada akal, budak tak budak,” ujar seorang lagi pengguna Threads. – KOSMO! ONLINE.
The post ‘Buh penampar baru ada akal, budak tak budak’ appeared first on Kosmo Digital.