Auto Added by WPeMatico

JOHOR BAHRU – Suasana sambutan Hari Malaysia kali ini menjadi lebih bermakna buat sepasang suami isteri dari Skudai apabila dikurniakan cahaya mata sulung pada tarikh penuh simbolik, 16 September.
Pasangan muda, Amirul Hamzah Othman, 29, dan Nur Shamareena Abdul Hisham, 28, sama sekali tidak menyangka bayi pertama mereka lahir 11 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin, iaitu pada 27 September.
“Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. Lebih istimewa, kelahiran ini jatuh pada Hari Malaysia.
“Tak sangka langsung sebab doktor jangkakan hujung bulan ini,” kata Amirul yang bekerja sebagai juruteknik makmal ketika ditemui di sini hari ini.
Bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 3.36 pagi di Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini, dengan seliaan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Nooraini Sa’ari.
Bayi tersebut diberi nama Dian Nafissa, yang membawa maksud cahaya, sekali gus melengkapkan kebahagiaan pasangan tersebut pada hari penuh bersejarah itu. – KOSMO! ONLINE
The post Timang cahaya mata sulung pada Hari Malaysia appeared first on Kosmo Digital.