Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang penghantar berkongsi kisah dua beranak yang mengalami masalah penglihatan kategori buta namun si bapa tetap gigih berusaha demi mencari pendapatan.
Menerusi perkongsian di akaun Threads @Ellsiidii, individu terbabit menceritakan pada awalnya dia hampir membatalkan pesanan tersebut kerana pelanggan mengambil masa lama untuk keluar, tanpa mengetahui keadaan lelaki itu sebenarnya OKU penglihatan.
“Bila dia sampai…Ya Allah, terkedu sekejap. Anak dia pun buta juga, baru 10 tahun. Dia tak boleh tinggalkan anak di rumah sebab dia seorang bapa tunggal,” tulisnya.
Penghantar itu menambah, bapa tersebut kini bekerja sebagai pemuzik jalanan demi menampung keperluan keluarganya.
“Dia nak pergi main muzik sekitar KL Sentral, bawa gitar, speaker (pembesar suara) dan stand (kaki muzik). Dia (si bapa) cakap, kadang-kadang (di sebelah) pagi dia nyanyi dekat Medan Selera Bandar Tun Razak. Diharapnya ada yang dapat bantu,” katanya.
Individu tersebut turut mengakui berasa tersentuh melihat kegigihan bapa berkenaan yang tidak pernah menyerah meskipun berdepan kesukaran hidup.
“Sesusah-susah aku, aku dapat rasa dia lagi perit susah. Moga Allah murahkan rezeki seluas-luasnya untuk abang dan adik tadi,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mendoakan agar rezeki bapa tunggal tersebut terus dipermudahkan, selain memuji semangat juangnya membesarkan anak dalam keadaan serba kekurangan.
“Kuat seorang bapa, tiada sebab untuk berhenti berjuang demi anak tersayang. Moga pak cik tersebut diberi rezeki yang luas. Terima kasih juga kepada abang rider (penghantar) kerana berjaya sabar sampai pelanggan sampai,” kata Aishah. – KOSMO! ONLINE
The post Patutlah lambat, rupanya bapa dan anak buta appeared first on Kosmo Digital.