Auto Added by WPeMatico

KUCHING – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas sebanyak 2.102 kilogram (kg) ganja bernilai RM62,880 yang diseludup menggunakan bungkusan hadiah Hari Raya melalui sebuah syarikat kurier di Sri Aman.
Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya berkata kesemua dadah itu dirampas menerusi dua pemeriksaan berasingan, dengan rampasan pertama dilakukan pada pukul 10.15 pagi, 28 Mac lalu.
Menjelas lanjut, beliau berkata sepasukan pegawai daripada Cawangan Narkotik JKDM Kuching yang membuat pemeriksaan di sebuah starikat kurier di Jalan Durian, Sri Aman telah menemui empat bungkusan yang mengandungi 1.024kg ganja dianggarkan bernilai RM30,720.
Manakala, katanya pemeriksaan kedua yang dilakukan pada pukul 11.30 pagi, 2 April lepas menemui empat bungkusan mengandungi ganja seberat 1.078kg dianggarkan bernilai RM32,160.
“Modus operandi adalah dengan menyeludup dadah melalui mod udara dengan membuat pengikraran sebagai barang dagangan hadiah Hari Raya serta dialamatkan ke alamat yang tidak lengkap bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.
Norizan berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Ganja lebih 2kg diseludup dalam bungkusan hadiah Hari Raya appeared first on Kosmo Digital.