Auto Added by WPeMatico

![]()
HULU SELANGOR– Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila dia pulang semula ke rumah keluarganya di Bukit Beruntung, di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, Muhamad Sah Julasili, 21, sebelum itu telah pergi ke rumah rakannya dikenali sebagai Hafiz di Batu 10, Jalan Gombak.
Menurut beliau, semasa berada di sana, orang hilang tinggal di rumah milik Hafiz dan bekerja di sebuah kedai burger milik rakannya di kawasan berkenaan. “Orang hilang (OH) tidak memaklumkan kepada keluarganya mengenai keberadaannya kerana mendakwa telefon bimbitnya rosak. Dia juga mempunyai kunci rumah pengadu dan boleh pulang pada bila-bila masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pada 24 Oktober lalu kira-kira pukul 6 petang, OH telah menghubungi isterinya yang berada di Kunak, Sabah, dan dimaklumkan abang iparnya telah membuat laporan polis orang hilang terhadapnya.
“Selepas mengetahui perkara itu, OH terus pulang ke rumah abangnya di Apartment Seri Trompet, Bukit Beruntung,” ujarnya.
Katanya, lelaki tersebut kemudiannya telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa bagi memaklumkan telah kembali ke rumah pengadu dan kes berkenaan dianggap selesai. – KOSMO! ONLINE
The post Hilang seminggu rupanya bantu kawan jual burger appeared first on Kosmo Digital.