Auto Added by WPeMatico

MELAKA – Kebimbangan penduduk terhadap kemunculan seekor buaya tembaga sepanjang 1.5 meter (m) di Sungai Paya Luboh, Tangga Batu sejak semalam berakhir apabila reptilia itu berjaya ditangkap pagi tadi.
Operasi menangkap menggunakan jala dilakukan selama dua jam bermula pukul 9.30 pagi tadi oleh pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi berkata, penangkapan reptilia berkenaan memberi kelegaan besar kepada penduduk yang sebelum ini gusar dengan keselamatan mereka.
“Penduduk kini boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti memancing dan mandi-manda di sungai dengan lebih tenang.
“Terima kasih kepada pasukan Perhilitan serta penduduk kampung yang sama-sama membantu sehingga operasi ini berjaya,” katanya kepada pemberita hari di sini, hari ini.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati buaya itu dipercayai tersesat dari habitat asalnya di Sungai Lereh akibat musim hujan dan fenomena air pasang baru-baru ini.
“Kita percaya buaya ini keluar dari kawasan asalnya kerana faktor cuaca dan arus deras yang membawanya ke sungai kecil di Paya Luboh. Penangkapan ini penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini memandangkan kawasan tersebut sering menjadi tumpuan penduduk,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Kaki pancing, penduduk lega buaya sesat masuk perangkap appeared first on Kosmo Digital.