Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Polis Britain memburu seorang wanita yang dipercayai membuang air besar pada rak jualan di sebuah kedai barangan kelengkapan rumah, lapor akhbar Metro UK semalam.
Kejadian berlaku di cawangan kedai The Range di Banbury, Oxfordshire pada pukul 1.40 tengah hari (waktu tempatan), 25 Mac lalu.
Wanita tersebut melarikan diri dari tempat kejadian sejurus melakukan perbuatan tersebut, meninggalkan kakitangan dengan kejutan yang tidak diingini di lorong rak.
Polis Lembah Thames mengeluarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan imej suspek.
Rakaman itu menunjukkan wanita tersebut memakai jaket merah jambu, selendang berbintik-bintik dan baju merah, serta sedang menarik sebuah beg pakaian kecil.
Pegawai penyiasat Robert Watson berkata: “Kami sedang berusaha untuk mengenal pasti individu dalam imej CCTV ini kerana kami percaya dia mungkin mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan kami.” – AGENSI
The post Polis buru wanita buang air besar pada rak kedai appeared first on Kosmo Digital.
