Auto Added by WPeMatico

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan akan memberi penjelasan secara lebih terperinici mengenai kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih, termasuk buah-buahan import.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjelasan ini perlu dilakukan kerana timbul kekeliruan antara buah-buahan yang dikenakan cukai tersebut.
“Kita bagi penjelasan, mungkin kadang-kadang kenyataan umum macam kata lah, pisang dikenakan SST. Jadi keliru sebenarnya pisang import.
“Tapi saya setuju kita akan perjelaskan kerana yang penting kita tak mahu yang membebankan golongan bawahan ataupun M40.
Jadi, sebab itu kita cadangkan macam buah-buahan import. Tapi ada yang mengatakan buah import, ada buah-buahan import yang dimakan oleh orang-orang miskin,” ujarnya di Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan di Medini, di sini hari ini.
Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025, dengan kadar cukai jualan kekal bagi barangan keperluan, manakala kadar lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan tidak penting atau mengikut budi bicara.
Sebelum ini, Datuk Ameer Ali Mydin, pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., menyifatkan keputusan untuk melaksanakan SST ke atas buah-buahan import sebagai tidak rasional kerana ia turut memberi kesan kepada pengguna berpendapatan rendah. – KOSMO! ONLINE
The post Kerajaan akan beri penjelasan kadar baharu SST barangan import appeared first on Kosmo Digital.