Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA TINGGI – Seorang nelayan warga emas ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika berada di perairan Yard Kampung Tanjung Che Lahom, Pengerang hari ini.
Difahamkan enjin bot dinaiki lelaki berusia 77 tahun itu berada dalam keadaan masih hidup dan telah ditemui hanyut bersama barangan peribadinya di sekitar persisiran yard tersebut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Pegawai Bomba Roger Ribut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.51 petang sebelum menghantar enam anggota ke lokasi kejadian.
“Kita dimaklumkan dari pihak polis seorang mangsa nelayan tempatan dikhuatiri hilang selepas terima aduan dari orang awam.
“Seterusnya pihak polis telah menjumpai barang peribadi dan bot mangsa dalam keadaan enjin masih hidup dan hanyut sehingga persisiran berhampiran kapal kuari di yard tersebut.
“Berikutan itu anggota bertindak melaksanakan pencarian di sekitar yard menggunakan bot dan unit dron serta pencarian di persisiran pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pada pukul 7.20 malam mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada jarak lebih kurang 200 meter dari pesisiran pantai.
Menurutnya mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- KOSMO! ONLINE
The post Nelayan warga emas ditemui lemas, enjin bot masih hidup appeared first on Kosmo Digital.