Auto Added by WPeMatico

![]()
SEATTLE – Bosnia dan Herzegovina menutup aksi Kumpulan B dengan nota kemenangan selepas mengalahkan Qatar 3-1 di Stadium Seattle, hari ini.
Bagaimanapun, Bosnia dan Herzegovina dihimpit perasaan bercampur baur kerana terpaksa akur gagal mara ke pusingan 32 dan terpaksa merelakan kemaraan tuan rumah, Kanada yang memiliki kelebihan jaringan untuk layak selaku naib juara.
Pada perlawanan kali ini, kapten Bosnia dan Herzegovina, Edin Dzeko merekodkan satu lagi pencapaian peribadi apabila turun buat kali ke 150 bersama The Dragons.
Detik kemenangan Bosnia dan Herzegovina bermula pada minit ke-29, menyaksikan Kerim Alajbegovic tenang melepasi beberapa pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Qatar.
Selang lima minit selepas itu, Qatar dihimpit malang apabila pemainnya, Sultan Al-Brake tertampan bola ke gawang sendiri.
Walaupun ketinggalan dua gol, Qatar dilihat tidak berputus asa apabila memperoleh gol pertama menerusi Hassan Al Haydos sekali gus menyaksikan separuh masa pertama berakhir 2-1.
Seterusnya, kedua-dua pasukan saling mencipta peluang namun minit ke-80, Bosnia dan Herzegovina nyata menjadi pasukan lebih baik untuk mematikan sisa perjuangan Qatar selepas memperoleh gol ketiga menerusi Ermin Mahmic. AGENSI
The post Piala Dunia 2026: Harapan Bosnia dan Herzegovina untuk layak lebur appeared first on Kosmo Digital.
