Auto Added by WPeMatico

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggantung tugas seorang anggota bomba bantuan yang disyaki dikaitkan dengan penyebaran video lucah di media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, Pengarah JBPM Perak telah diarahkan untuk melaksanakan tindakan tatatertib berkenaan selain penubuhan jawatankuasa siasatan dalaman.
“Setakat ini, anggota terlibat telah digantung tugas dan jawatankuasa siasatan yang telah ditubuhkan diberi tempoh 48 jam bagi melakukan siasatan awal.
“Prosedur ini penting bagi memastikan hak mendengar serta hak pembelaan diberikan kepada pihak terbabit sebelum sebarang keputusan akhir dibuat,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Latihan Kecemasan dan Penyelamatan Kebakaran kebangsaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, di sini hari ini.
Nor Hisyam berkata, walaupun hanya melibatkan anggota bomba bantuan, namun insiden itu tetap memberi kesan terhadap reputasi dan imej JBPM secara keseluruhan.
Beliau berkata, JBPM mempunyai keluarga besar dengan lebih 17,700 anggota tetap tidak termasuk anggota sukarela dan komuniti.
Sebelum ini, Polis Perak dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran video memaparkan aksi tidak senonoh dipercayai melibatkan bekas suami kepada seorang pempengaruh media sosial. – KOSMO! ONLIN
The post Anggota bomba bantuan terpalit video tidak senonoh digantung tugas appeared first on Kosmo Digital.