Auto Added by WPeMatico

Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa kita pasti bangkit semula,” tulisnya.
The post Sekolah Siti Nurhaliza di Gaza musnah dibedil bom appeared first on HibGlam.
Auto Added by WPeMatico
Akhirnya Israel membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah. Tak mengapa kita pasti bangkit semula,” tulisnya.
The post Sekolah Siti Nurhaliza di Gaza musnah dibedil bom appeared first on HibGlam.
QUITO – Banduan di Ecuador bertempur sesama sendiri dengan senjata api dan bahan letupan dalam rusuhan yang meragut nyawa 13 banduan dan seorang pengawal penjara, kata polis semalam.
Kekacauan itu adalah terbaru dalam siri pertumpahan darah di penjara-penjara yang dikuasai kumpulan penjenayah dan penuh sesak dengan banduan. Ecuador dahulunya aman kini menjadi pusat penyeludupan dadah Amerika Latin yang ganas.
Sejumlah banduan yang tidak diketahui turut melarikan diri dalam pertempuran antara geng dadah yang bermusuh, di mana 14 lagi cedera, kata seorang pegawai polis bertopeng dikenali sebagai komander Kolonel William Calle kepada saluran televisyen Ecuavisa.
Seramai 13 banduan telah ditangkap semula.
Calle berkata, tembakan meletus pada awal pagi, menyebabkan pengawal penjara dan polis bergegas ke penjara itu di bandar Machala, barat daya Ecuador dekat sempadan Peru.
Seorang pengawal penjara terbunuh ketika dia masuk, dan yang lain dijadikan tebusan, kata Calle.
Menurutnya, konfrontasi itu berlangsung kira-kira 40 minit, di mana banduan melepaskan tembakan senjata api dan membaling bahan letupan serta grenad.
Polis menyiarkan klip video menunjukkan anggota-anggotanya yang lengkap bersenjata memasuki penjara itu.
Banduan yang mati adalah ahli geng Los Choneros dan Los Lobos yang bermusuhan. Kedua-dua kartel itu adalah pengedar dadah terbesar di Ecuador. Los Choneros dan Los Lobos dilabel sebagai organisasi pengganas asing oleh Amerika Syarikat awal bulan ini. – AFP
The post 14 hilang nyawa, banduan bertempur guna senjata api, bom appeared first on Kosmo Digital.
HONG KONG – Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dari sebuah kawasan sibuk di Hong Kong pada waktu malam ketika sekumpulan pakar berusaha ‘mematikan’ sebuah bom peninggalan era Perang Dunia Kedua, lapor laman berita Fox News semalam.
Bom itu berukuran hampir 1.5 meter dan seberat 454 kilogram.
Bahan letupan buatan Amerika Syarikat (AS) itu ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Quarry Bay, barat Hong Kong, pada malam kelmarin.
“Kami mengesahkan objek ini sebagai bom yang berasal dari zaman Perang Dunia Kedua,” kata seorang pegawai polis, Andy Chan Tin-Chu kepada pemberita.
Beliau berkata, berikutan risiko amat tinggi untuk mematikan fius bom itu, kira-kira 1,900 isi rumah melibatkan 6,000 orang digesa supaya berpindah dengan segera.
Polis Hong Kong dalam satu kenyataan berkata, bom tersebut mengandungi 226 kilogram TNT yang dipercayai digugurkan oleh tentera AS semasa perang.
Pakar-pakar bekerja dari sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) kelmarin, hingga hampir tengah hari.
Menurut polis, pasukan pelupusan bahan letupan mengharungi cuaca taufan untuk ‘meleraikan’ bom tersebut dan berjaya menyingkirkan ancaman itu pada pukul 11.48 pagi (waktu tempatan). – AGENSI
The post Penemuan bom Perang Dunia Kedua cetus pemindahan penduduk appeared first on Kosmo Digital.
WASHINGTON – Dua lelaki ditahan kerana meletakkan sebutir bom berhampiran lokasi Charlie Kirk ditembak mati, lapor akhbar The Sun Hari ini.
Kirk merupakan aktivis berhaluan kanan dan penyokong setia Presiden Donald Trump.
Adeeb Nasir, 58, dan Adil Justice Ahme Nasir, 31, diberkas untuk disoal siasat semalam selepas bahan letupan itu ditemui di bawah van media di Universiti Utah Valley.
“Peranti letupan itu menyala tetapi gagal berfungsi seperti yang direka,” kata skuad pemusnah bom sambil menambah, ia mampu menimbulkan ancaman kepada keselamatan awam.
Pegawai Penyiasat Pihak Berkuasa Bomba Bersatu, Jeffrey David Nelson berkata: “Sifat peranti dan lokasi yang diletakkan, ia memberikan ancaman besar kepada keselamatan awam.”
Penyiasat turut menemui beberapa senjata api, dadah dan senjata pemusnah besar-besaran palsu di kediaman milik kedua-dua suspek.
Kirk terkena tembakan semasa berucap dalam satu acara di Universiti Utah Valley pada Rabu lalu.
Polis telah meluaskan siasatan untuk mengenal pasti motif pembunuhan selain memeriksa kumpulan berhaluan kiri di Utah dan secara dalam talian untuk melihat sama ada mereka mengetahui tentang insiden tembakan itu sebelum ia berlaku, lapor akhbar New York Post. – AGENSI
The post 2 diberkas letak bom berhampiran lokasi Charlie Kirk ditembak appeared first on Kosmo Digital.