Auto Added by WPeMatico

![]()
OTTAWA – Seorang ibu di Toronto, Kanada menyatakan bahawa chatbot kecerdasan buatan (AI) yang beroperasi pada keretanya, Grok meminta gambar bogel anak lelakinya, lapor saluran berita CBC.
Kejadian berlaku apabila anak lelakinya yang berumur 12 tahun bertanya kepada Grok tentang pemain bola sepak profesional mana yang lebih disukainya sama ada Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.
“Anak saya sangat teruja apabila mendengar chatbot itu menyatakan bahawa Ronaldo ialah pemain bola sepak yang lebih baik,” kata Farah Nasser, seorang bekas wartawan dan penyiar.
Farah sedang membawa anak lelaki dan anak perempuannya yang berumur 10 tahun, bersama seorang rakan mereka pulang dari sekolah pada 17 Oktober lalu apabila perbualan berlaku.
Dia berkata, ketika itu, berlaku sedikit usikan mengenai Messi oleh chatbot dan apabila anak lelakinya bergurau bahawa Ronaldo telah menjaringkan gol, perbualan tersebut berubah ke arah tidak dijangka.
“Chatbot itu kemudian berkata kepada anak saya, mengapa kamu tidak hantar beberapa keping gambar bogel kepadanya.
“Saya terdiam. Mengapa sebuah chatbot meminta anak saya menghantar gambar bogel di dalam kereta keluarga kami? Ia langsung tidak masuk akal,” kata Farah.
Dia kemudian menasihati ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati.
“Apabila difikirkan semula, saya tidak akan benarkan anak saya menggunakan benda ini,” ujarnya. – AGENSI
The post Chatbod AI minta gambar tidak senonoh dalam kereta appeared first on Kosmo Digital.