Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di sebuah majlis perkahwinan semalam mencuri tumpuan apabila beliau secara spontan menyanyikan lagu berjudul Kaulah Segalanya oleh Ruth Sahanaya, selepas diberikan mikrofon oleh penyanyi undangan majlis tersebut.
Menerusi hantaran akaun peminatnya, @Sitizoner, Siti dilihat tenang dan bersedia, seolah-olah sudah terbiasa menyanyi secara mengejut di pelbagai acara.
Nyanyiannya memukau para tetamu yang kemudian memberikan tepukan gemuruh dan sorakan sebagai tanda penghargaan terhadap persembahan istimewa itu.
Turut memeriahkan majlis ialah penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang hadir sebagai tetamu istimewa dan turut menerima mikrofon secara mengejut.
Tinjauan di ruangan komen media sosial mendapati ramai yang meluahkan kekaguman terhadap suara merdu Siti.
“Tokti memang standby je, rasanya tiap kali majlis mesti kena nyanyi jugak walaupun satu baris je,” komen Fatin Nadhirah.
“Siti dengan mikrofon tu ibarat salah satu organ badan dia, memang tak boleh pisah,” kata Sonya.
“Dapat je kat Siti, terus merdunya bergema satu dewan,” ujar Danial Hakimi. -KOSMO! ONLINE
@sitizoner #fyp ♬ bunyi asal – Sitizoner
The post [VIDEO] Wow satu dewan bila TokTi dapat mikrofon appeared first on Kosmo Digital.