Auto Added by WPeMatico

![]()
ISTANBUL – Saham kapten Mesir, Mohamed Salah terus melonjak di Turkiye apabila dilaporkan menarik minat satu lagi kelab gergasi negara itu ketika dia sebelum ini dikaitkan dengan Besiktas.
Berdasarkan laporan semasa, Trabzonspor dikatakan sedia untuk ‘merampas’ Salah daripada Besiktas yang sebelum ini cukup yakin mampu mendapatkan khidmat penyerang itu.
Ketika ini, Besiktas yang dikatakan sudah mencapai kata sepakat secara lisan dengan Salah bertindak sebaliknya apabila mengambil keputusan menggantung perbincangan buat seketika tanpa alasan yang jelas.
Situasi ini membuka peluang buat Trabzonspor apabila kini dilaporkan sudah mencapai kata sepakat dengan wakil Salah dan rundingan lanjut sedang dijalankan bersama pihak ejen pemain.
Laporan media tempatan menyebut Trabzonspor sudah pun membuat tawaran rasmi dengan menawarkan kontrak dua tahun yang bakal menyaksikan bintang Mesir berkenaan akan menerima €17 juta (RM79.9 juta) semusim, lebih daripada apa yang dituntut oleh Salah.
Sejak mengambil keputusan meninggalkan Liverpool, Salah kini masih bergelar ejen bebas namun turut menarik minat beberapa lagi kelab dari luar Eropah untuk mendapatkan khidmatnya.
Selain pasukan dari Liga Turkiye, Salah juga dilaporkan menarik minat pasukan di Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat dan kelab Liga Arab Saudi yang dikatakan sedia memberikan tawaran besar sekiranya dia sedia meninggalkan Eropah. – AGENSI
The post Trabzonspor mahu ‘sailang’ Besiktas appeared first on Kosmo Digital.
