Auto Added by WPeMatico

NEW DELHI – Seorang pelancong di India berdepan detik ngeri apabila dia dikejar dan dipijak oleh seekor gajah ketika cuba berswafoto dengan haiwan itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian dirakam di sebuah kawasan hutan simpan dalam negeri Karnataka, Ahad lalu.
Rakaman video di media sosial menunjukkan gajah itu berdiri di tepi jalan sebelum menyeberanginya dan mengejar mangsa yang dikenali sebagai R.Basavaraju.
Mangsa kelihatan panik dan cuba berlari sepantas yang dia mampu.
Situasi bertambah cemas apabila dia tiba-tiba tersungkur, menyebabkan gajah itu memijaknya berulang kali.
Mangsa bagaimanapun selamat dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
“Gajah itu sedang makan lobak merah di tepi jalan sebelum ia dihampiri lelaki terbabit untuk berswafoto.
“Gajah itu terganggu dengan cahaya kamera, menyebabkan mangsa diserang,” kata seorang saksi bernama Daniel Osorio.
Basavaraju didenda sebanyak 25,000 rupee (RM1,200) dan diarahkan membuat video pengakuan atas kesalahannya. – AGENSI
The post Enggan diajak swafoto, gajah mengamuk pijak pelancong appeared first on Kosmo Digital.