Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Individu yang bersilat dengan memakai topi keledar di Tanah Perkuburan Kampung Melayu di sini yang tular sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, anggota dari Balai Polis Sri Lalang berjaya menahan lelaki berkenaan pukul 1 petang semalam selepas video berkenaan tular.
“Suspek berusia 31 ditangkap di tepi Jalan Merdeka, Sri Lalang. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek telah direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.
Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, video berdurasi 27 saat itu dirakam pengguna jalan raya sebelum dimuat naik dalam media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Kelmarin, Pejabat Kadi Daerah Kluang dalam kenyataannya memaklumkan tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan tanah perkuburan berkenaan.-KOSMO! ONLINE
The post Lelaki bersilat di kubur rupanya lalok dadah appeared first on Kosmo Digital.