Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Polis menyiasat kejadian seorang lelaki duduk bersila di atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Kilometer 290 Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video tular yang dimuat naik di Facebook pada pukul 3.55 petang Sabtu lalu.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Khamis lalu.
“Lelaki dipercayai seorang pemandu treler didapati memarkir kenderaan beratnya di lorong kecemasan sebelum duduk bersila di lorong pertama lebuh raya tanpa sebarang tujuan.
“Tindakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selain mendatangkan bahaya kepada lelaki terbabit dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau pegawai penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-2111 9379. – KOSMO! ONLINE
The post Pemandu treler bersila atas lebuh raya dicari appeared first on Kosmo Digital.