Auto Added by WPeMatico

![]()
BANDAR RAYA MEXICO – Satu sidang Kongres di Mexico bertukar huru-hara apabila beberapa wakil rakyat wanita saling menyerang dengan menarik rambut dan menampar, lapor akhbar The Sun UK.
Pertengkaran berlaku semasa perbahasan mengenai penghapusan agensi ketelusan Bandar Raya Mexico untuk menggantikannya dengan badan pengawasan baharu.
Rakaman video kejadian menunjukkan dua ahli Kongres berebut untuk berucap di hadapan podium sebelum salah seorang daripadanya dipukul pada bahagian kepala.
Situasi bertambah tegang apabila pertikaian itu disertai beberapa wakil rakyat lain di mana mereka saling menarik rambut dan menjerit.
Ada antara mereka mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam, manakala yang lain cuba meleraikan pergaduhan yang berlangsung selama beberapa minit.
Kekacauan tercetus selepas anggota parti pembangkang, Parti Tindakan Nasional (PAN) membantah langkah diambil oleh Parti Morena yang berhaluan kiri.
“Kami bercakap di podium secara aman tanpa menyentuh sesiapa, namun kumpulan parti majoriti dan sekutu-sekutunya cuba mengawal (Kongres) melalui keganasan,” kata seorang jurucakap PAN. – AGENSI
The post Wakil rakyat ‘naik hantu’, tarik rambut semasa bersidang appeared first on Kosmo Digital.