Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Negara anggota ASEAN kekal teguh untuk memastikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan neutral (ZOPFAN) daripada sebarang penggunaan senjata nuklear termasuk ujian ke atasnya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pandangan ASEAN adalah jelas iaitu mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan global serta malapetaka ke atas manusia.
“Zon ASEAN ini adalah zon aman dan bebas nuklear. Jadi kita akan menjaga keadaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengarahkan Jabatan Perang segera memulakan ujian senjata nuklear.
Arahan itu dikeluarkan selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan kejayaan Moscow melakukan ujian dron nuklear bawah air.
Trump juga menyatakan Amerika Syarikat mempunyai lebih banyak senjata nuklear daripada negara lain, memuji usahanya sendiri untuk melakukan “kemas kini lengkap dan pengubahsuaian senjata sedia ada.” – KOSMO! ONLINE
The post ASEAN kekal teguh pastikan rantau bebas nuklear appeared first on Kosmo Digital.