Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Warga kota dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kesesakan luar biasa hari ini apabila lebih 10 acara besar berlangsung serentak di sekitar ibu negara dan kawasan berdekatan.
Antara acara tumpuan termasuk konsert artis popular K-pop seperti Twice, Jackson Wang, Nam Woo Hyun, dan Viviz, selain Spider serta Candy Lo yang turut mengadakan persembahan masing-masing di beberapa lokasi berbeza.
Dalam masa sama, ASEAN Summit, Riuh X ASEAN dan Nine Emperor Gods Festival juga dijangka menarik ribuan pengunjung ke ibu negara hari ini. Tidak cukup dengan itu, perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang turut menyumbang kepada peningkatan trafik di Lembah Klang.
Menerusi perkongsian di media sosial, ramai pengguna turut meminta warga Kuala Lumpur yang tiada urusan penting supaya ‘berkurung’ di rumah bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.
“Okay, muktamad. Memang naik MRT (transit aliran massa) juga la aku. Malas nak fikir dah,” komen Anirah.
“Yang duduk KL ni tengah fikir jalan mana yang tak tutup untuk luang masa. Takpelah, pilih duduk rumah saja kalau macam ni,” kata Aien Zilkifle.
“Yang tak ada hal apa-apa ni duduk rumah saja kalau macam ni. Risau terlekat dalam kesesakan saja,” komen Aiman. – KOSMO! ONLINE
The post KL ‘sibuk’, 10 acara besar berlangsung hari ini appeared first on Kosmo Digital.