Auto Added by WPeMatico

LONDON – Penduduk sebuah daerah di United Kingdom digemparkan dengan kemunculan seorang lelaki berkeliaran dalam keadaan tanpa seurat benang sambil memakai topeng muka berwarna hitam, lapor akhbar Metro UK semalam.
Lelaki misteri itu dikesan di sekitar bandar Lytham, daerah Lancashire termasuk Westby Street, Cleveland Road dan Bannister Street pada 18 Julai lalu.
Orang ramai mula bimbang selepas kamera pengawasan merakam lelaki tersebut berjalan seorang diri di hadapan rumah mereka pada awal pagi.
Polis Lancashire berkata: “Kejadian ini pada awalnya tidak dilaporkan kepada polis dan ia berada dibawah pemerhatian selepas kami melihat rakaman video di laman Facebook.
“Fylde Rural Task Force sedang memeriksa kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapatkan maklumat dari rumah ke rumah untuk meyakinkan anda bahawa kami mengambil serius perkara ini.
“Kejadian ini berlaku sekitar pukul 12.50 pagi (waktu tempatan) pada 18 Julai lalu,” tambah polis.
The post Penduduk resah, lelaki tanpa seurat benang berkeliaran depan rumah appeared first on Kosmo Digital.