Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjaya mengesan bapa kandung kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang terselamat dalam kejadian tragis apabila ibunya cuba mencederakannya sebelum bertindak menggantung diri di rumah mereka di Taman Perak, Kulim kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, JKM sudah mendapatkan maklumat awal berkaitan kanak-kanak tersebut yang kini masih berada dalam trauma mendapat ekoran kejadian itu.
“Pelindung JKM sudah mendapatkan maklumat awal daripada polis dan pihak Hospital Kulim. Kanak-kanak itu kini masih menerima rawatan dan disahkan mengalami kecederaan pada bahagian leher akibat jerutan.
“Bapa kandung mangsa berjaya dikesan dan dia menyatakan kesediaan untuk menjaga anak itu selepas dibenarkan keluar dari hospital. JKM akan melakukan lawatan serta pemantauan di rumah bapa kandung bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak itu terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, JKM juga bersedia untuk memberikan kaunseling kepada kanak-kanak tersebut.
Akhbar ini semalam melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun ditemukan mati tergantung pada kipas siling manakala anaknya yang berusia empat tahun tidak bernyawa di atas katil dipercayai dilemaskan dengan bantal.
Dalam kejadian pukul 11 malam itu, anak sulung wanita berkenaan dipercayai berjaya melarikan diri setelah ikatan yang menjerut lehernya terlepas dalam tragedi tersebut.
The post Anak lelaki trauma, ibu adik ditemukan maut dalam bilik appeared first on Kosmo Digital.