Auto Added by WPeMatico

MERSING – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegur mengenai cara pemakaian beret kehormat dan lencana kehormat pada pakaian seragam tentera.
Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertitah, semua beret dan lencana yang dipakai, menunjukkan kemahiran, kelayakan dan identiti sebenar pemakainya, bukan sekadar hiasan.
“Sebagai contoh, saya sendiri telah lulus latihan Special Forces dan payung terjun di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Jadi saya layak untuk memakai lencana tersebut pada pakaian seragam saya.
“Tetapi, jika awak hanya penerima lencana kehormat, ia hanya boleh dipakai pada acara tersebut sahaja bukan untuk melawa setiap hari. Oleh itu, kepada yang tidak layak untuk memakainya, awak tahu apa yang patut dibuat. Pagi ini saya tegur sedikit sahaja, siapa yang makan cili dia yang rasa pedas,” tegas Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Beret, lencana kehormat bukan untuk melawa setiap hari – Sultan Ibrahim appeared first on Kosmo Digital.