Auto Added by WPeMatico

![]()
SYDNEY – Seekor buaya berenang di dalam kolam sebuah hotel mewah di timur laut Australia semalam, namun kejadian itu tidak langsung mengganggu para tetamu yang sedang berehat di tepi kolam.
Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan seekor buaya kecil sedang ‘berendam’ di dasar kolam hotel tersebut di Port Douglas.
“Saya tak mahu menimbulkan panik, tapi ada seekor buaya dalam kolam,” kata pengguna TikTok, Lisa Keller dalam videonya yang menunjukkan reptilia bersisik itu.
Beberapa pelancong kelihatan bersantai di kerusi tepi kolam, namun tiada seorang pun yang berani masuk ke dalam air.
“Tiada siapa pun yang peduli,” tambah Keller.
Pengurus hotel, Joseph Amerio, berkata, buaya itu dikesan awal pagi semalam dan kawasan kolam ditutup sementara sehingga pegawai hidupan liar negeri Queensland datang mengalihkan haiwan tersebut pada waktu petang.
“Pada bila-bila masa sekali pun, tiada tetamu berada di dalam kolam bersama anak buaya itu,” katanya kepada AFP.
Jurucakap Jabatan Alam Sekitar Queensland berkata, renjer hidupan liar telah memindahkan buaya itu ke habitat lain dan meletakkan papan tanda amaran tentang reptilia tersebut di kawasan berkenaan. – AFP
The post Tetamu takut masuk kolam hotel kerana buaya sedang ‘berendam’ appeared first on Kosmo Digital.