Auto Added by WPeMatico

TEMERLOH – Pahang melakar sejarah apabila muncul negeri pertama di Malaysia menghasilkan beras prebiotik yang diberi nama Beras Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beras itu berbeza dengan beras tempatan lain kerana memiliki kadar gula yang sangat rendah, sekali gus sesuai dimakan penghidap diabetes.
“Beras Pahang ini istimewa, ia beras prebiotik, rendah gula dan baik untuk kesihatan usus serta penghadaman.
“Buat masa ini, jualan diutamakan untuk pasaran Pahang sebelum diperluaskan ke negeri lain,” katanya selepas merasmikan Mini MAHA Pahang 2025 di Dataran Temerloh, di sini, hari ini.
Tambahnya, Beras Pahang yang ditanam di jelapang padi Ganchong Pekan itu dijual dengan harga RM8 sekilogram pada masa ini.
Sementara itu katanya, Mini MAHA Pahang tahun ini bukan sekadar pameran pertanian biasa, sebaliknya platform terbesar menghimpunkan hasil bumi, pemain industri, agensi kerajaan, syarikat swasta, penyelidik serta generasi muda. – KOSMO! ONLINE
The post Beras Pahang, beras prebiotik pertama appeared first on Kosmo Digital.