Auto Added by WPeMatico

LONDON – Newcastle United menamakan pemain Paris Saint-Germain sebagai sasaran baharu untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.
Goncalo Ramos menjadi pilihan alternatif buat Newcastle yang sedar persaingan untuk mendapatkan khidmat Benjamin Sesko semakin sukar ekoran saingan diberikan Manchester United selain kerumitan urusan rundingan bersama RB Leipzig.
Newcastle pada 2022 pernah mempertimbangkan untuk mendapatkan Ramos yang ketika itu masih beraksi bersama Benfica, namun mereka terpaksa akur apabila pemain berkenaan memilih untuk menyertai gergasi Perancis berkenaan.
Bagaimanapun, Ramos berdepan kesukaran untuk menyertai kesebelasan utama PSG, namun turut memberikan sumbangan pentingan ketika kelab itu meraih gelaran trebel musim lalu termasuk memenangi trofi Liga Juara-Juara.
Sepanjang 86 penampilan bersama PSG, Ramos berjaya meledak 33 gol menyebabkan Newcastle mengakui bahawa dia merupakan antara penyerang yang patut diberikan pertimbangan untuk dibawa ke St. James Park.
Namun, laporan menyebut bahawa keputusan untuk membida Ramos masih bergantung kepada perkembangan Sesko kerana Newcastle menganggap pemain itu adalah pengganti yang lebih sesuai mengisi kekosongan yang mungkin ditinggalkan Alexander Isak.
Selain Ramos, Newcastle juga masih meletakkan pertimbangan untuk mendapatkan khidmat Ollie Watkins dari Aston Villa yang dianggap memiliki cukup pengalaman beraksi di Liga Perdana Inggeris. – AGENSI
The post Penyerang PSG alternatif Newcastle appeared first on Kosmo Digital.