Auto Added by WPeMatico

![]()
JERLUN – “Apa yang berlaku ke atas mangsa sangat kejam, tak tahu apa punca dia ditetak dengan parang sehingga putus kepala.”
Demikian kata seorang penduduk kampung berdekatan, Muhammad Adam Iqwan Ismail, 18, ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Pida 3, di sini malam tadi.
Katanya, dia pergi ke lokasi selepas mendapat tahu tentang kejadian tersebut.
“Waktu itu mayat mangsa masih ada dalam bendang dan polis mengawal lokasi kejadian. Bagaimanapun saya tak nampak suspek,” ujarnya.
Katanya, dia pernah berjumpa dengan mangsa sebelum ini ketika meminta pokok di rumahnya.
“Kalau jumpa tegur macam biasa sahaja, dia seorang yang baik. Kadang- kadang tengok arwah ambil anak sekolah selain pernah nampak dia uruskan kambing,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Khairul Irfan Mahizan, 20, berkata, dia tidak begitu mengenali rapat mangsa dan suspek dengan hanya beberapa kali melihat dan berjumpa mangsa.
Katanya, dia tidak mengetahui punca kejadian itu dan menyerahkannya kepada siasatan pihak polis.
Kosmo! Online malam tadi melaporkan, seorang pesawah berusia 45 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Pida 3, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.
Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sangat kejam, sanggup tetak sampai putus kepala’ appeared first on Kosmo Digital.