Auto Added by WPeMatico

![]()
MIRI – Lelaki yang hilang selepas keluar memburu di Kampung Sepurau, Bekenu di sini sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 41 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 10.40 pagi.
“Mayat mangsa dijumpai di kawasan hutan pada jarak kira-kira 150 meter dari rumahnya. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 7.59 pagi, hari ini setelah mangsa gagal dihubungi oleh isterinya.
“Pada Isnin, mangsa dapat dihubungi oleh isterinya tetapi panggilan tidak dijawab. Isterinya juga cuba menghubunginya pada Selasa tetapi tidak dijawab dan pada hari ini, mangsa tidak dapat dihubungi sepenuhnya. Mangsa juga mengalami penyakit asma dan anxiety,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki hilang ketika memburu dijumpai maut appeared first on Kosmo Digital.